Kerajaan Hungary mula meletakan had siling bagi harga petrol dan barangan asas untuk tempoh dua bulan selepas inflasi mula meningkat.

Ia selepas perang di Ukraine mencetuskan gangguan rantaian bekalan yang membawa kepada inflasi melambung di negara itu.

Setakat ini had siling petrol ditetapkan pada 1 dolar 33 sen seliter.

Kadar inflasi hungary mencecah 8.5 peratus pada mac dan ia dijangka mencecah 9 peratus menjelang akhir tahun.